Melalui perspektif yang lebih luas, penubuhan OGOShop Sdn Bhd bukanlah sekadar memasarkan produk Halal sahaja, tetapi ianya menjangkau lebih jauh lagi khususnya di dalam mencari keredhaan Allah.
Sudah sedia maklum bahawa halangan dan kesukaran pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Usahawan sedia ada terutamanya dikalangan pengusaha Muslim untuk menembusi pasaran, sedikit sebanyak telah merencatkan pertumbuhan dan kemajuan industri ini.
Pengeluaran produk kurang berkualiti, kaedah pembungkusan yang tidak sesuai dan menarik, kegagalan memenuhi piawaian yang ditetapkan dan tempoh kredit yang panjang adalah merupakan antara faktor yang menyekat kemasukan produk IKS ke dalam pasar raya besar di negara ini.
Ini ditambah lagi dengan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank swasta yang mengenakan syarat-syarat ketat serta memerlukan cagaran telah menjadikan pengusaha-pengusaha IKS menghadapi modal aliran yang terhad.
Melalui aspirasi ini OGOShop Sdn Bhd yang sepenuhnya di miliki oleh bumiputera serta pasukan pengurusan telah ditubuhkan dengan objektif untuk memartabatkan pengusaha-pengusaha IKS dan Usahawan terutamanya didalam memasarkan produk Halal keluaran mereka samada untuk pasaran tempatan dan pasaran global.